:
Jadual Rutin Harian Pelajar SRICU


  1. Perhimpuan harian bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi.
  2. Bacaan Asmaul-Husna dan Al-Ma’thurat setiap pagi.
  3. Perhimpunan utama pada setiap hari Jumaat bermula jam 7.30 pagi sehingga 9.30 pagi.
  4. Solat Dhuha berjemaah dan slot penghayatan Islam serta nilai-nilai murni melalui penceritaan yang disampaikan oleh Guru Besar dan guru-guru.
  5. Solat fardhu Zohor dan Asar secara berjemaah.
  6. Kelas hafazan yang bersistematik melalui program Hafazan Al-Dihat pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi.
  7. Proses pelajaran dan pembelajaran yang mengikut sukatan KSSR, KBSR dan KAFA bermula jam 9.00 pagi sehingga 3.45 petang.
  8. Rehat sebanyak tiga sesi iaitu untuk minum pagi, makan tengah hari dan minum petang.