- Permohonan kemasukan terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun (Tahun 1 – Tahun 6).
- Warganegara Malaysia.
- Beragama Islam.
- Lulus Ujian Penapisan Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.
- Bagi kemasukan pelajar Tahun 1, keutamaan akan diberikan kepada pelajar-pelajar lepasan Tadika Cahaya Ummi.
- Pelajar-pelajar yang pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Swasta lain layak memohon di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.
- Boleh membaca Iqra atau Al-Quran dengan baik.
- Menguasai kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dan Jawi dengan baik.
- Ibu/bapa/penjaga dapat memberi komitmen yang baik dalam urusan bayaran yuran serta bayaran-bayaran lain yang berkaitan.
- Menyerahkan dokumen-dokumen berikut kepada pihak sekolah:
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Kad Pengenalan Bapa
- Salinan Kad Pengenalan Ibu
- Salinan Buku Imunisasi (Bagi pelajar Tahun 1)
- Buku Rekod Kesihatan (Bagi pelajar Tahun 2 –Tahun 6)
- Gambar Berukuran Pasport (2 keping)
×