PENDIDIKAN SRICU
- Pelaksanaan dasar pendidikan berdasarkan kurikulum KSSR dan KAFA.
- Diterajui oleh guru-guru yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mengajar subjek-subjek tertentu.
- Pemfokusan kepada pelaksanaan latih tubi menjawab soalan peperiksaan khususnya bagi calon-calon peperiksaan.
- Perjumpaan bersama ibu bapa secara berkala bagi mewujudkan suasana komunikasi dua hala untuk membincangkan prestasi para pelajar.
- Pelaksanaan sistem hafazan yang bersistematik setiap hari persekolahan sambil dipantau oleh guru-guru yang mahir serta berkelayakan.
- Mengamalkan bacaan Al-Ma’thurat setiap pagi sebelum memulakan pembelajaran.
- Menerapkan penghayatan unsur-unsur keislaman dan nilai-nilai murni dalam proses pelajaran dan pembelajaran.
×