:
SEJARAH PENUBUHAN


KONSEP & RASIONAL PENUBUHAN

  • Mewujudkan satu iklim sekolah yang kondusif untuk membentuk pelajar yang soleh dan solehah.
  • Memberi perkhidmatan pendidikan berdasarkan Falsafah Negara dan Falsafah Pendidikan Islam.
  • Menyediakan waktu persekolahan yang kondusif iaitu hanya satu sessi sahaja dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Membantu meringan beban ibu bapa yang bekerja dalam menguruskan jadual harian anak-anak sekolah sessi pagi dan petang.

Sekolah integrasi menggabungkan akademik dan juga agama (KSSR dan KAFA) dalam satu sessi. Dapat memberi lebih masa kepada pelajar tanpa perlu balik ke rumah dan ke sekolah lain.

  • Memberi kemudahan kepada ibu bapa yang bekerja untuk hantar dan ambil 7.30 pagi hingga 5.00 petang. 
  • Para ibu bapa dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak pada sebelah malam dan ini dapat menjamin hubungan kekeluargaan yang baik demi kesejahteraan ummah.
  • Penubuhan juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada para siswazah lepasan universiti bagi menceburi profesion perguruan yang mulia dan dihormati.