Image Banner

PENUBUHAN SRICU

KONSEP & RASIONAL PENUBUHAN

Mewujudkan satu iklim sekolah yang kondusif untuk membentuk pelajar yang soleh dan solehah.

Memberi perkhidmatan pendidikan berdasarkan Falsafah Negara dan Falsafah Pendidikan Islam.

Menyediakan waktu persekolahan yang kondusif iaitu hanya satu sessi sahaja dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Membantu meringan beban ibu bapa yang bekerja dalam menguruskan jadual harian anak-anak sekolah sessi pagi dan petang.
Sekolah integrasi menggabungkan akademik dan juga agama (KSSR dan KAFA) dalam satu sessi. Dapat memberi lebih masa kepada pelajar tanpa perlu balik ke rumah dan ke sekolah lain.

Memberi kemudahan kepada ibu bapa yang bekerja untuk hantar dan ambil 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

Para ibu bapa dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak pada sebelah malam dan ini dapat menjamin hubungan kekeluargaan yang baik demi kesejahteraan ummah.

Penubuhan juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada para siswazah lepasan universiti bagi menceburi profesion perguruan yang mulia dan dihormati.

LAGI

KEJOHANAN BOLA JARING (RENDAH) PERINGKAT WILAYAH SENTUL

TAHNIAH! Pasukan bola jaring SRICU yang dipimpin oleh Cikgu Nurul Asyikeen Shazali telah melonjakkan nama sekolah dengan memenangi tempat ke 3 di dalam Kejohanan Bola Jaring (Rendah) Peringkat Wilayah Sentul 2016 baru-baru ini.Berkat kesungguhan pasukan ini, pemenang tempat Pertama (SK Sentul 1) dan ke 2 (SK SRI Kepong) telah mengimport pasukan bola jaring SRICU bersama-sama menyertai Kejohanan Bola Jaring MSSWPKL Peringkat Negeri 2016 (bawah 11) bagi mewakili Zon Sentul.

Alhamdulillah, sekali lagi Pasukan Bola Jaring dinobatkan sebagai johan dan tempat ke 3.

LAGI

HARI UJIAN PENAPISAN KEMASUKAN MURID BARU

Assalamualaikum..Makluman kepada ibubapa penjaga. Hari Ujian Penapisan Kemasukan Murid Baru ke Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi bagi pengambilan 2020 seperti berikut:

Tarikh : 8 September 2019 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi
Peralatan: Alat Tulis & Pensel Warna shj
Pakaian : Bebas (menutup aurat)

Permohonan pendaftaran murid baru sesi persekolahan 2020 adalah melalui sistem online. Berikut adalah alamat laman web rasmi bagi permohonan pendaftaran murid baru sesi 2020 .

www.sricu.edu.my

Pendaftaran online akan ditutup pada 1 September 2019 (Ahad).

Semua ibu bapa yang telah mendaftar secara online boleh membawa anak-anak hadir pada Hari Ujian Penapisan SRICU seperti maklumat yang diberi.

Harap maklum, terima kasih.

LAGI

FESTIVAL NASYID SEKOLAH - SEKOLAH 2019 (FNSS)

FESTIVAL NASYID SEKOLAH - SEKOLAH 2019 (FNSS)

PERINGKAT ZON (SENTUL) - NAIB JOHAN
TARIKH : 3 APRIL 2019
TEMPAT : SK SENTUL (2)

PERINGKAT NEGERI (WP) - JOHAN
TARIKH : 24 APRIL 2019
TEMPAT : SK BUKIT DAMANSARA

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah! Allahuakbar!
Tahniah kepada Kumpulan Nasyid Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi, iaitu Kumpulan Soutul Ummi yang telah beroleh kejayaan dalam Festival Nasyid Sekolah - Sekolah 2019.

FNSS Peringkat Zon telah diadakan pada 3 April 2019 (Rabu), kumpulan nasyid sekolah pulang membawa kemenangan sebagai NAIB JOHAN serta layak ke FNSS Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan.

FNSS Peringkat Negeri yang diadakan pada 24 April 2019 (Rabu), memberi peluang kepada kumpulan nasyid SRICU untuk memberi persembahan yang terbaik sehingga SOUTUL UMMI dinobatkan sebagai JOHAN dan layak ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan!!

Oleh itu, nantikan berita terkini sepanjang penglibatan mereka di FNSS Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di negeri Perak.
Mohon doa dari semua agar Kumpulan Nasyid Sricu dapat memberikan yang terbaik serta membawa pulang kejayaan. 
InsyaaAllah...Amiin..

LAGI

SOUTUL UMMI - JOHAN NASYID HARI APRESIASI AL AMIN GOMBAK 5 OGOS 2017

5 OGOS 2017, SABTU. Alhamdulillah..TAHNIAH Soutul Ummi! Tahun ke 2 beroleh kemenangan pertandingan nasyid di Sekolah Rendah Islam Al Amin Gombak sempena Hari Apresiasi Seni dan Kebudayaan

Ahli kumpulan terdiri daripada:

Vokalis: (dari kiri) Adriel Naqib, Wan Arif Amjad, Faed Azri (Solo), M.Syabil Haikal (2nd voice), M.Alif Hakim dan M.Ammar Khalis
Percussion: (dari kiri) Izzat Hariz, M.Dzakirin, M.Aiman Mokharul dan M.Amir Azuaidi
Guru Pembimbing: Ustaz Airil Ikhwan, Pn Guru Besar Ummi Noorliza Cikgu Asyikeen Nuwul Ekeng, Ustaz Wan Ibnu Abdullah Al-kutani Ustaz Badrul AbuAssyifaa Fesbuk Ustaz Amer Shamiz

Tahniah kepada guru2 yang terus berusaha membantu dan membimbing mereka sepanjang latihan.

-Video by Pn. Che Ku @anzra78

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan